RuAngAn SeMbang

Wednesday, November 12, 2008

Majlis Pertunangan Phyza & Iqbal

Salam…

Kepada semua kawan2 yang saya hormati, anda di jemput hadir ke majlis pertunangan saya dengan pasangan saya di Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka pada 06 Dec 2008. Diharapkan kehadiran anda dapat memeriakan majlis pertunangan ini…

Majlis Bermula : 1.00 petang
Alamat : Bt 23 Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah Melaka..
Tel : 017-2959271

Thursday, October 30, 2008

Ilyana di HKL

pada 27 oct, saya, zatil, fieza dan juga ahmad ashraf telah melawat ilyana di pusat kaji saraf, Hospital Kuala Lumpur. (tingkat 2, ward 6A)...sehari sebelum itu, saya telah mendapat sms dari ilyana yang mengatakan dia skang berada di HKL, mmg terkejut dapat msg tersebut, kerana dalam msg itu menyatakan dia mengalami ketumbuhan dalam kepala yang mengakibatkan penglihatannya kabur. semasa berjumpa, ilyana sedaya upaya untuk mengecam kami..mmg tidak dinafikan sungguh sayu dihati ini, apabila melihat dia berbuat demikian..

hari ini iaitu 30 oct, saya telah mendapat msg dari ilyana yang mengatakan bahawa dia akan menjalani pembedahan di kepala pada 31 okt iaitu jam 1-2 petang di HKL. oleh itu, marilah kita sama2 mendoakan supaya pembedahan itu berjalan dengan jayanya serta supaya ilyana cepat sembuh..amin!

saya akan contact adik ilyana untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Wednesday, October 15, 2008

Undangan Majlis Perkahwinan

Undangan Majlis Perkahwinan "Mohd Hazran Bin Azmi" @'kemek'
Pada Hari Sabtu,18 Oktober 2008,
Di Kediaman No.24,Jalan Belat 3,19/32C, Seksyen19 Shah Alam..
11.00 pg hingga 4.00 ptg jamuan makan...1.00 ptg ketibaan pengantin..
mudah mudahan degn kehadiran para tetamu dh rakan sekalin dpt memeriahkn lg majlis tersebut
wasalaammm....

Tuesday, September 23, 2008

Eppy BeSday FAzRol


23 September 1983-uwek..uwekk..telah lahir seorang bayi lelaki yang dinamai Fazrol (aku tak ingat nama penuh)..haha..masa kecik orang ye mmg kecik..haha..skang ni usia budak ni dah 25 tahun..dah boleh jadi bapa budak pulak..tp bile ditanya bila nak kawin..tidak ada jawapan..so masih la berpeluang nak try2..haha..

from personal perception, fazrol yang dipanggil badol (nama manja) merupakan budak yang nakal dalam klas..suka sangat ejek2 nama orang..dan dulu orang ye tersangat la kecik..lagi kecik dari aku..haha..tp skang ni dia dah tinggi, n dah jadi orang pun..(jangan marah ya..)

sorang yang sangat obses dengan sukan permotoran dan idola ialah rossi..ari2 rossi..haha..so far keje as graphic designer kat sebuah syarikat di shah alam...

so kalau korang ada nak add story pasal budak ni..sila2..

dengan ini, bagi mewakili rakan-rakan wira..kami ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 25 tahun kepada fazrol.."Born to be the king" katanya

Sunday, September 21, 2008

Al kisah Buka Puasa di KEC



salam Semua!

seramai 9 orang rakan wira yang join program berbuka tu..majoriti x pg sbb ade hal..macam biasa kalau dah gather reramai..ape lagi..citer2 lama pun kuar la..seronok kalau berciter pasal hal2 sekolah ni..dalam sedar tak sedar..usia kita berkenalan dengan geng-geng wira sudah menghampiri 15 tahun..satu tempoh yang agak lama, tapi rasa ye sekejap je kan..hope dapat kekal kan hubungan ini..bukan senang nak mentenkan relationship macamani..jadi pas ni ramai yang join key..next event: majlis berbuka n vacation..any new info will update here..

lupa nak kabo..yang baju merah tu..orang baru dalam geng wira..panggil mira..tunang rizal..ni pun tak lama lagi nak melangsungkan perkahwinan..bile tu kena tunggu..

keyword: lambung-lambung, terseliuh...emm apa lagi..lupa lak..nak tau tye fazrol..hehe

Thursday, September 18, 2008

Menu Majlis Berbuka Puasa

salam Semua!

so far jemputan dah dibuat..bagusnya ramai yang respond tetapi yang tak bestnya ramai lak yang respond tak pegi..sbb memasing ada hal yang tak dapat dielakkan..hope next program ramai yang dapat join ya..maybe next program is majlis sambutan ari raya..detail akan diberitahu kelak key..

kepada rakan-rakan yang pegi..kul 630 dah boleh berada di sana key..parking keta kat jj je senang skit..hehe..

kat sini saya ingin sertakan senarai menu untuk berbuka nanti..

Pembuka Selera

gado-gado, rojak Buah, acar rampai, acar jelatah, acar buah & acar nyonya
8 jenis kerabu melayu, keropok ikan, keropok udang n papadom
mixed lettuce, tomato n cucumber
paru goreng bertempe, thai chicken salad, thai mango salad,
5 jenis jeruk buah, sambal belacan,

SUP
Sup Ikan Merah n Bubur Lambok

Hidangan Utama

Nasi putih n nasi dhall
meehoon singapore
ayam percik
daging masak merah
kari ikan
sotong goreng kunyit
pajeri nenas
udang sambal petai
crispy roasted chicken
goreng kacang boto; bercii
pegaga cina masak lemak labu

Hidangan Pencuci Mulut

Buah-buahan. cucur badak, agar2 gula melaka, puding nenas, puding koko palembang, kuij lapis, kuih talam, wajik, seri muka, tapai, lepat pisang, tepung pelita, sago gula melaka, assorted french pastries, kuih cek mek molek, abok2, buah kurma, 3 jenis cookies, bubur gandum & pengat pisang

Minuman

Teh Tarik N Kopi tarik
Sirap Limau, Soya Bean, Cincau n Sugar Cane

di samping itu dia org juga ada stall2 makanan .....

Saturday, September 13, 2008

Wirawati

hai kengkawan..
semalam lepas create blog ni. tetiba lak terjumpa gambar ni..gambar ni diambil masa reunion 3 wira yang dibuat di plaza alam sentral..tahun bila tu tak ingat..tp yang pastinya semua masih muda lagi..hehe..kalau tak silap ramai yang join..tp yang ada dalam picture ramai ni je..gambar ini di scan dari gambar ash..

bahagian atas dari kiri: afiza, nora, tini, zatil, dila, syakirah
duduk dari kiri: azira, azni, faeza, alia, aida

so kengkawan..kalau ada lagi gambar masa dulu2 tu..nak time tengah pakai baju sekolah, gambar klas..sent kat saya key..

Majlis Berbuka Puasa datang lagi..=)

Salam Semua!

13 Sept 2008: Persatuan wira telah mengadakan satu sesi perjumpaan dengan beberapa mmber wira di restoran nite circle seksyen 11..seramai 10 orang geng wira telah hadir iaitu ash, zatil, nora, fiza, ill, fazrol, ajib, rizal, fairus n ahmad asraf..dalam perbincangan tersebut, terhasil la satu keputusan dimana berkaitan dengan sambutan majlis berbuka puasa di kalangan rakan-rakan wira..di sini saya nyatakan seberapa detail berkaitan dengan program terbabit..sekiranya ada sebarang pertukaran akan diberitahu kelak..

Program: Majlis Sambutan Berbuka Puasa Wira
Tarikh: 19 September 2008
Tempat: Klang Executive Klang (sebelah Jaya Jusco Bukit Raja)
Bayaran: RM 50 seorang
Tema: Bebas
Lain-Lain: Boleh bawa pasangan memasing (suami, isteri, tunang, kekasih, kawan, keluarga )

Sila beri confirmation pada saya@nora selewat2nya ari rabu (16 Sept 2008) - 0126857853
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau deposit cash (bank CIMB) kepada Sedara Rizal (0123432804)
kepada yang ingin bank in kan duit..bolehlah terus contact rizal untuk bertanyakan no akaun..
sila-sila sebarkan berita baik ini kepada rakan-rakan wira yang lain..terima kasih

SeLamat DaTang Ke Blog Wira

Salam Semua!

untuk pengetahuan kawan-kawan, ajk wira telah mewujudkan satu blog khas untuk geng-geng wira.. blog ni bertujuan untuk memberitahu aktiviti-aktiviti terkini yang akan dijalankan oleh persatuan wira..sesiapa yang punyai idea or cadangan pun boleh utarakan di ruangan komen..

untuk menjadikan blog ini lebih menarik, apa kata kita share cerita-cerita menarik semasa kita belajar dulu..tak kisah la citer ape pun..yang penting bila kita baca..kita akan tersenyum, tergelak and teringat zaman-zaman dulu masa sekolah..skang ni dah hampir 10 tahun usia kita berkenalan dengan rakan-rakan wira..satu tempoh yang agak lama kan..jadi mesti macam-macam story..

antara story yang paling tidak dapat dilupakan;
  • kena denda ketuk ketampi dengan ustaz khir sbb main musical chair (ash..aku gi mandat kat ko untuk kongsi kisah ni dengan rakan-rakan..haha)
  • ramai orang jeles sbb kelas ni selalu menang kelas tbersih
  • anugerah paling popular yang dibuat di bilik seni lukis...(ada citer ni..haha)
  • dan banyak lagi...
p/s: sesapa yang ada story dan rajin untuk menceriterkan tu..meh kasi story kat aku@nora fizzy_iza@yahoo.com..bab kata fairus kena tapis dulu sebelum publish..hehe

selain tu kita ada chatbox..kat situ boleh nak sembang2 online..kalau ada citer baru or menarik leh je post situ..nanti saya akan bagi username and password kepada sesiapa yang berminat untuk add post dalam ni..

kepada rakan-rakan yang ada picture zaman2 sekolah2 dulu..boleh bagi kat saya untuk diletakkan dalam ni..supaya rakan-rakan lain ingat kembali sape dulu kengkawan diorang..hehe

hope dengan wujudnya blog ni, kita akan sentiasa keep in touch serta hubungan kengkawan ini akan diingati sampai bile2..